Shipping & Return Policy
Di LekatLah.com, kami komited untuk memastikan produk anda dihantar dengan selamat dan pengalaman membeli-belah anda bebas kerumitan. Sila baca Dasar Penghantaran dan Pemulangan kami dengan teliti untuk maklumat lanjut.
Dasar Penghantaran
1. Kawasan Penghantaran
Kami menawarkan penghantaran ke seluruh Malaysia dan ke peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun, penghantaran antarabangsa tertakluk kepada ketersediaan perkhidmatan di kawasan anda.
2. Kos Penghantaran
- Malaysia: Kos penghantaran dikira berdasarkan lokasi destinasi di Malaysia.
- Antarabangsa: Kos penghantaran dikira berdasarkan jarak negara dari Malaysia.
- Semua bayaran penghantaran adalah tidak boleh dikembalikan.
3. Masa Penghantaran
- Penghantaran Tempatan: 1-3 hari bekerja.
- Penghantaran Antarabangsa: 3-7 hari bekerja.
Nota: Waktu penghantaran mungkin berbeza berdasarkan lokasi anda dan keadaan semasa.
4. Pemprosesan Pesanan
- Pesanan diproses setiap hari pada jam 10:00 pagi (UTC +8).
- Pesanan yang diterima selepas jam 10:00 pagi akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
5. Perkhidmatan Kurier
Kami menggunakan Ninja Van sebagai rakan logistik utama kami untuk memastikan penghantaran dilakukan dengan cepat dan cekap.
6. Kehilangan atau Kerosakan Barang
Sekiranya produk yang diterima salah atau dalam keadaan rosak, sila hantarkan maklumat berikut ke emel support@lekatlah.com dengan subjek Nombor Pesanan Anda:
- Nama
- Nombor Pesanan/Tarikh
- Gambar Produk Diterima
- Butiran Transaksi
Kami akan menyemak permintaan anda. Jika kerosakan didapati berpunca daripada kecuaian pihak kami, kami akan menggantikan produk yang rosak.
Dasar Pemulangan & Bayaran Balik
1. Syarat untuk Pemulangan dan Penggantian
Kami hanya menawarkan penggantian produk dalam kes berikut:
- Barang yang diterima salah.
- Barang yang diterima dalam keadaan rosak.
2. Proses Pemulangan
Untuk memulakan proses pemulangan, sila hubungi kami melalui emel di support@lekatlah.com dengan memberikan maklumat berikut:
- Nama
- Nombor Pesanan
- Gambar barang yang diterima
- Butiran lengkap transaksi
3. Polisi Pembatalan Pesanan
- Pembatalan Pesanan Berbayar: Jika anda membatalkan pesanan yang telah dibayar, bayaran akan dipulangkan dalam bentuk kredit kedai yang sama dengan jumlah nilai pesanan.
4. Bayaran Balik
- Semua bayaran balik adalah dalam bentuk penggantian produk atau kredit kedai, bergantung pada kes tertentu.
- Kos penghantaran adalah tidak boleh dikembalikan, kecuali dinyatakan sebaliknya.
5. Tidak Layak untuk Pemulangan
Kami tidak menerima pemulangan atau bayaran balik untuk sebab selain daripada barang rosak atau salah penghantaran.
Dasar Am
Kami berhak untuk mengemas kini Dasar Penghantaran & Pemulangan ini pada bila-bila masa tanpa notis awal. Sebarang perubahan akan dipaparkan di halaman ini.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di:
Emel: support@lekatlah.com
Terima kasih kerana membeli-belah di LekatLah.com!